Monday, June 24, 2013

Untuk Kesihatan Anda!!!


Pemakaian Topeng Muka Yang Betul


Baru-baru nie dikejutkan dengan perkhabaran, anak-anak kawan saya dijangkiti H1N1. Tapi Alhamdullilah, mereka semua sudah beransur sembuh, walaupun latest news dua orang anaknya masih lagi muntah-muntah tetapi suhu badan tak tinggi. Kebetulan, info nie saya dapat daripada email. Infonya agak menarik jugalah . Maka infonya begini:

Topeng muka terdiri daripada dua bahagian. Bahagian yang berwarna putih ada tapisan, maka cara yang betul memakai topeng muka ialah:

1. Jika anda selesema, bahagian berwarna putih patut menghadap muka kita (bahagian berwarna lain menghadap ke luar), kerana ia mengandungi tapisan untuk menapis mikroorganisma daripada tersebar kepada orang lain. 
2. Jika anda sihat atau tiada selesema, bahagian berwarna putih harus menghadap ke luar, untuk melindungi kita daripada mikroorganisma daripada tersebar kepada kita.

Tetapi info nie tidak diketahui asal-usulnya, maka kesahihannya sukar dipercayai. Menurut website http://www.hpa.org.uk pula pemakaian topeng muka yang betul adalah seperti berikut:

The mask should fit snugly over the face, with the coloured side out and the metal strip at the top. Position the strings to keep the mask firmly in place over the nose, mouth and chin. Mould the metallic strip to the bridge of the nose. Do not touch the mask again until it is removed. Healthcare workers should discard the mask as clinical waste according to local policy. Patients should place the mask in a plastic bag, then into domestic waste, then wash hands. Go to a safe area and replace the mask at once, if it is damaged or soiled.

Jadi, kalu ada sesape yang boleh verify info daripada email tu bagus juga. Dah try goggle, cuma ada 3 website yang ada info macam nie tapi website tu bukan la website yang involve dalam bidang perubatan atau farmasutikal ke, so kesahihannya masih lagi boleh dipersoalkan. 

Thursday, December 27, 2012

Jadual Piala AFC 2013

Konfederasi Bola Sepak Asia telah mengeluarkan jadual bagi perlawanan antara kumpulan Piala AFC 2013.   TRW-Kelantan telah diundi bersama Ayeyawady United, SHB Da Nang dan juga Maziya Sports & Recreation.



Sunday, August 7, 2011

Atur Perlawanan Menentang Pilihan Malaysia..


Cadangan mengadakan perlawanan menentang pasukan pilihan Malaysia wajar dipertimbangkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk mengukur sejauh mana tahap pencapaian pemain negara waktu ini.

Tidak perlu dengan gabungan pemain tempatan dan skuad Olimpik. Cukup sekadar memanggil 25 pemain yang dirasakan terbaik dalam liga tempatan tetapi tidak dipilih kedalam skuad Malaysia.

Panggil mereka dan cuba atur satu perlawanan dengan skuad utama Malaysia ketika ini untuk melihat pasukan mana lebih berkelayakan mewakili skuad negara.

Sebenarnya, ramai lagi pemain tempatan lebih layak berada dalam skuad negara tetapi tidak diberi peluang masuk kerana beberapa pemain yang menampilkan persembahan buruk sejak lima enam perlawanan lepas tetap disenaraikan hanya kerana mereka prospek untuk kejohanan lima tahun dari sekarang.

Lihat pada kekalahan tipis kepada Selangor, sangat memalukan bagi Malaysia kerana sebuah pasukan yang dikutip dan dicanang untuk dibawa ke Piala Asia 2015 hanya dapat tampil seperti ini dalam perlawanan persahabatan.

Pihak FAM perlu lebih bertegas dalam isu perlawanan persahabatan selepas ini kerana ia berkait rapat dengan sokongan penyokong yang mula kembali mewarnai arena bola sepak negara.

Tiada lagi perlawanan bersifat pemanas badan tanpa memberi pulangan besar pada tahap pencapaian semua pemain didalam pasukan. Para penyokong sudah muak diperkotak-katikkan oleh segelintir pihak yang bagai tidak mahu melihat pada fakta yang dihujahkan

Justeru itu, andai tiada pasukan negara Dunia hatta Asean sekalipun mahu mengadakan perlawanan persahabatan tetapi FAM dan pihak kejurulatihan mahukan satu perlawanan bersifat kompetetif, panggil sahaja para pemain liga tempatan dan gabungkan mereka dalam satu pasukan untuk perlawanan tersebut.

Andai tewas sekalipun, tidak malu para pendukung bola sepak Kebangsaan kerana mereka sedar itulah yang selayaknya kepada pasukan yang hebat dimata tidak diatas padang.

Itu yang sebaiknya buat masa sekarang dari malu di kemudian hari.

(Petikan dari -RedsfcNews-)

Hari ini, kami menerima 2 keping gambar Dahlia Teck bercuti-cuti bersama rakan, serta seorang jejaka yang dipercayai amat popular orangnya. Tegap & sasa orangnya. Kasih sayang seorang abang terhadap adik, mungkin? Iya’lah, takut juga adik sesat dalam Universal Studio Singapura yang seluas 20 hektar tu kan. Susah nak cari nanti. Bersangka baik lah kita sempena bulan Ramadhan ini. Ehem.
 (Petikan dari ohbulan!)

Undian Piala Malaysia 2011



Berikut adalah pembahagian pasukan mengikut balang 1, 2, 3, & 4 :
  • Balang 1 : Kelantan, Terengganu, Selangor, Kedah.
  • Balang 2 : Negeri Sembilan, Perak, Johor FC, T-Team FC.
  • Balang 3 : Salangor PKNS, Sabah, Felda United FC, Kuala Lumpur.
  • Balang 4 : Sarawak, PDRM, Johor, Sime Darby FC

Keputusan undian peringkat kumpulan yang dibahagi kepada empat kumpulan iaitu kumpulan A, B, C, & D yang dibawakan secara langsung oleh Astro Arena Saluran 801 dari Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur:

Kumpulan A :
1. Kedah
2. Perak
3. Sabah
4. Johor

Kumpulan B :
1. Terengganu
2. Negeri Sembilan
3. Selangor PKNS
4. Sime Darby FC

Kumpulan C :
1. Kelantan
2. Johor FC
3. Felda United FC
4. Sarawak

Kumpulan D :
1. Selangor
2. T-Team FC
3. Kuala Lumpur
4. PDRM

Monday, August 1, 2011

Ibu Mengandung


 

AMALAN PEMAKANAN SEIMBANG
Bermakna makanan yang kita makan atau sediakan mengandungi kesemua zat dengan jumlah yang di perlukan oleh badan.
Zat-zat dalam makanan terdiri daripada :

a) Protein
Berfungsi untuk membina, membaiki tisu-tisu badan dan menggantikan tisu-tisu badan yang rosak. Terdapat dalam susu, telur, daging, kekacang, ikan dan sebagainya.

b) Kabohidrat
Berfungsi untuk memberi tenaga, terdapat dalam nasi, ubi, jagung, gula, dan sebagainya.

c) Lemak
Bertugas untuk memanaskan badan dan juga menjadi lapik kepada organ lembut dalam badan
seperti hati. Terdapat di dalam
minyak haiwan, kuning telur, ikan dan sebagainya.

d) Vitamin
Berfungsi untuk menjauhkan kita dari penyakit dan terdapat dalam
buah-buahan, sayuran.

e) Garam Galian
Di perlukan dalam jumlah yang sedikit oleh badan. Terdapat dalam sayuran hijau, kekacang,
dan makanan laut.

MAKANAN UNTUK IBU MENGANDUNG

a)Susu
2 atau 3 gelas setiap hari atau gantikan dengan susu kacang soya atau dadih jika tidak gemar susu lembu

b)Nasi/roti
5 hidangan sehari

c)Protein  
Iaitu daging, ikan, kerang, organ lembu. 2 hidangan sehari dan boleh diganti dengan kekacang, tauhu, tempe

d)Telur
1 biji sehari atau 5 - 6 biji seminggu

e)Sayur-sayuran
2 hidangan sehari

f)Buah-buahan
2 hidangan sehari

g)Air
Tidak kurang 8 gelas sehari

Harimau Muda terus mengamuk di Slovakia


SKUAD Olimpik negara mencatat kemenangan kedua pada siri aksi persahabatan di Slovakia setelah menewaskan kelab Liga 2 Slovakia, Topvar Topolcany 2-1 di tempat lawan malam kelmarin,
sebelum ini Harimau Muda telah menang 1-0 ke atas kelab Liga 1 Slovakia, Bodva Moldava.

(Petikan dari Kosmo)


Terkini...Harimau Muda meneruskan kecemerlangan di Slovakia..



SKUAD Olimpik negara semakin garang di Slovakia. Semalam mereka mencatat kemenangan ketiga berturut-turut pada siri aksi persahabatan di negara tersebut dengan menewaskan kelab Liga 1 Slovakia, Tatran Liptovsky Mikulas 2-1. Slovakia kini menduduki ranking ke-29 dunia dan pernah layak ke pusingan akhir Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan, gol-gol skuad Olimpik negara dijaringkan Ahmad Hazwan Bakri pada minit ke-11 dan Irfan Fazail minit ke-86 sebelum Mikulas merapatkan kedudukan menerusi tandukan Virgala Thomas pada minit ke-88.

(Petikan dari Kosmo)

Sunday, July 31, 2011

Khairul Fahmi Che Mat


Khairul Fahmi atau lebih dikenali sebagai Apek rupa-rupanya memendam rasa berikutan
badai yang melanda pertunangannya dengan Aimie Harmelia Mohd Hashumi atau Elia.


Selepas pelbagai isu mengaitkan orang ketiga dalam hubungan Apek dengan tunangnya
hangat diperkatakan menerusi pelbagai laman web dan blog tempatan, dia tidak lagi
mampu berdiam diri.


Jiwanya bergelora berikutan pelbagai fitnah dan tohmahan dilemparkan kepadanya,
Apek tampil membuat keputusan memutuskan pertunangannya.



NAMA     : Khairul Fahmi Che Mat
ASAL       : Kelantan
UMUR     : 22 tahun
PENCAPAIAN: Anugerah Penjaga Gol Terbaik Bola Sepak Kebangsaan 100Plus-FAM 2010,
                    dan Anugerah Pemain Muda Terbaik Bola Sepak Kebangsaan 100Plus-FAM 2010,

Kelayakan Sukan Olimpik London 2012 (Zon Asia)


Jadual Perlawanan : Kelayakan Sukan Olimpik London 2012 (Zon Asia)
Japan        vs   Malaysia    (21 September 2011)
Malaysia   vs   Syria          (23 September 2011)
Malaysia   vs   Bahrain      (27 September 2011)  
Bahrain     vs   Malaysia    (5 Februari 2012)
Malaysia   vs   Japan         (22 Februari 2012)  
Syria         vs   Malaysia    (14 Mac 2012) 
* Tanah Tumpahnya Darahku

Saturday, July 30, 2011

Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam


Majlis Pentauliahan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB)
di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)

Bola Sepak : Sukan Antara MITI & Agensi 2011





Analisis Perlawanan : 


KUMPULAN B
  • SME Corp. Malaysia (3) vs (1) MIDA
  • MITI (1) vs (0) SME Corp. Malaysia
  • SME Corp. Malaysia (1) vs (0) SME Bank
SEPARUH AKHIR
  •   SME Corp. Malaysia (0) 4 vs 2 (0) MATRADE 
AKHIR
  • SME Corp. Malaysia (2) vs (0) MITI
 * SME Corp. Malaysia Juara Bola Sepak Sukan Antara MITI & Agensi 2011

TRW




Hujan Ribut Panas Terik Badai Taufan...
Jiwa Kami Tetap Teguh Sama Kelantan...
Walau Jatuh Walau Bangun Berhalangan...
Kalah Menang Tetap Terus Perjuangan...

Sumpah Seranah Caci Maki Umpat Keji...
Kami Pekak Kami Semua Tak Peduli...
Terus Berdiri Gagah Berani...
Hati Kental Hati Batu Berani Mati...

Takkan Menyerah Tak Putus Asa...
Erti Juang Jiwa Para Perwira...
Lautan Merah Terus Gelora...
Selamanya kami THE RED MANIA...

Harimau Malaya




Semangat Harimau Malaya..