Monday, August 1, 2011

Harimau Muda terus mengamuk di Slovakia


SKUAD Olimpik negara mencatat kemenangan kedua pada siri aksi persahabatan di Slovakia setelah menewaskan kelab Liga 2 Slovakia, Topvar Topolcany 2-1 di tempat lawan malam kelmarin,
sebelum ini Harimau Muda telah menang 1-0 ke atas kelab Liga 1 Slovakia, Bodva Moldava.

(Petikan dari Kosmo)


Terkini...Harimau Muda meneruskan kecemerlangan di Slovakia..



SKUAD Olimpik negara semakin garang di Slovakia. Semalam mereka mencatat kemenangan ketiga berturut-turut pada siri aksi persahabatan di negara tersebut dengan menewaskan kelab Liga 1 Slovakia, Tatran Liptovsky Mikulas 2-1. Slovakia kini menduduki ranking ke-29 dunia dan pernah layak ke pusingan akhir Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan, gol-gol skuad Olimpik negara dijaringkan Ahmad Hazwan Bakri pada minit ke-11 dan Irfan Fazail minit ke-86 sebelum Mikulas merapatkan kedudukan menerusi tandukan Virgala Thomas pada minit ke-88.

(Petikan dari Kosmo)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.